Talian internet, telefon di Gaza terputus lagi

Talian internet, telefon di Gaza terputus lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Israel memotong talian internet dan telefon di Semenanjung Gaza buat kali ketiga sejak bermulanya perang Israel-Hamas pada 7 Oktober lalu, kata firma telekomunikasi Paltel.

“Kami kesal untuk mengumumkan komunikasi dan perkhidmatan internet di Gaza lumpuh sepenuhnya selepas pihak Israel memutuskan sambungannya,” kata Paltel dalam satu kenyataan.

Tidak lama selepas itu, tentera Israel melancarkan pengeboman dahsyat ke atas Gaza City dan zon berdekatan lain di utara.

Letupan kuat boleh didengari sehingga ke Rafah di bahagian selatan wilayah Palestin.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, pihaknya sangat gusar dengan pemadaman komunikasi dan pengeboman besar-besaran tentera Israel.

“Tanpa sambungan komunikasi, orang yang memerlukan rawatan perubatan segera tidak boleh menghubungi hospital dan ambulans.

“Semua saluran komunikasi mesti dipulihkan segera,” katanya- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN