Suhu bumi dijangka naik 3 darjah Celsius menjelang akhir abad ini

Suhu bumi dijangka naik 3 darjah Celsius menjelang akhir abad ini

GUNUNG ais mencair di Scoresby Fjord, Greenland. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Dunia kini berada di landasan untuk kepanasan ekstrem apabila suhu bumi dijangka meningkat pada kadar tiga darjah Celsius menjelang akhir abad ini.

Perkara itu disuarakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, menjelang Persidangan Negara Ahli ke-28 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB (COP 28) yang akan berlangsung di Dubai minggu depan.

Lapor Daily Mail, Guterres berpandangan suhu bumi akan mencapai tiga darjah Celsius melebihi purata tahap `pra-industri’.

Katanya, ia sebahagian besar disebabkan oleh pelepasan karbon dioksida (CO2) daripada aktiviti manusia.

Malah, pada kadar itu, para saintis berpandangan dunia boleh mencecah beberapa titik malapetaka yang sukar kembali, sekali gus mengakibatkan pelbagai fenomena seperti pencairan glasier dan cuaca lebih kering di hutan hujan Amazon.

Amaran itu dibuat ketika pakar pemantau iklim Copernicus Eropah memaklumkan bumi baru-baru ini melepasi purata suhu yang membimbangkan.

Minggu lalu, badan pemantau iklim itu mendedahkan purata suhu global mencecah 2.07 darjah Celsius, melebihi paras purata 1850 dan 1900.

Jelas pakar Copernicus, rekod yang dicatatkan pada 17 November lalu, menandakan pertama kali suhu global melepasi 2 darjah Celsius atau melebihi tahap `pra-industri’.

Malah, data sementara menunjukkan purata suhu global juga mencapai 2.06 darjah Celsius pada 18 November lalu.

Sementara itu, Guterres mengakui manusia amat ketagih dengan bahan api fosil yang dianggapnya sebagai `akar beracun’ kepada krisis iklim yang berlaku ketika ini.

Caption pixs 1: GUNUNG ais mencair di Scoresby Fjord, Greenland. – AFP

Caption pixs 2: ANTONIO GUTERRES

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya