BACHOK: Tentera Darat Malaysia (TDM) digerakan bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Kelantan untuk memadamkan kebakaran tanah gambut di Kampung Kual Kecil, Gunong di sini semalam. Menurut Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), TDM melalui Briged Kelapan Infantri Malaysia telah menggerakan pasukan Rejimen 506 (Askar Wataniah) dan Stesen Bomba TDM bagi membantu kerja-kerja memadam kebakaran. “Kerja-kerja memadam kebakaran itu melibatkan kawasan seluas empat hektar,” katanya dalam satu…










