Sering sakit kepala, rupanya penyepit tersangkut dalam kepala - Utusan Malaysia

Sering sakit kepala, rupanya penyepit tersangkut dalam kepala

SEPASANG penyepit tersangkut dalam tengkorak kepala seorang lelaki menyebabkan dia mengalami sakit kepala teruk selama lima bulan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Teka-teki seorang lelaki Vietnam yang mengalami sakit kepala teruk dan kehilangan penglihatan sejak lima bulan lalu akhirnya terjawab apabila doktor menemui sepasang penyepit atau chopstik dalam tengkorak kepalanya.

Baru-baru ini, identiti lelaki yang tidak didedahkan nama itu dimasukkan ke Cuba Friendship Hospital di bandar Dong Hoi, wilayah Quang Binch, selepas mengadu sakit kepala, hilang penglihatan dan cecair keluar daripada hidungnya.

Ketika ditanya, lelaki itu tidak tahu puncanya, namun selepas imbasan tomografi berkomputer (CT) dilakukan, doktor mendapati terdapat dua objek asing yang menonjol dari hidung ke dalam otaknya.

Semasa pemeriksaan rapi dilakukan, objek tersebut adalah sepasang penyepit.

Lelaki itu yang ditanya bagaimana penyepit itu masuk ke dalam tengkoraknya, dia menyatakan pernah mengalami kejadian sejak lima bulan lalu.

Katanya semasa keluar minum, dia terbabit dalam pergaduhan hingga menyebabkan dimasukkan ke hospital.

Doktor mengesyaki lelaki lain menusuk penyepit ke kepalanya semasa pergaduhan berlaku, namun lelaki itu tidak mengingatinya.

Selepas mempertimbangkan semua pilihan, pasukan perubatan melakukan pembedahan endoskopik melalui hidung dan mengeluarkan sepasang penyepit yang patah itu.

Menurut doktor, Nguyen Van Man, Ketua Jabatan Neurosurgeri di hospital tersebut, lelaki berusia 35 tahun itu didapati stabil dan dibenarkan keluar ke hospital selepas keadaanya didapati pulih sepenuhnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya