Russia kecam komen Israel ancam guna bom nuklear di Gaza

Russia kecam komen menteri Israel ancam guna bom nuklear di Gaza

MARIA ZAKHAROVA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia mengecam kenyataan dikeluarkan oleh Menteri Warisan Israel, Amichay Eliyahu berhubung penggunaan senjata nuklear di Gaza.

Jurucakap kementerian luar Russia, Maria Zakharova turut menyifatkan kenyataan menteri itu yang kini sudah ditarik balik, sebagai `tidak boleh diterima sama sekali’.

“Kami mendapati kenyataan ini amat provokatif dan sudah tentu tidak boleh diterima sama sekali.

“Kenyataan demikian memberi bayangan bahawa seluruh penduduk Semenanjung Gaza diancam dengan senjata nuklear, adakah ini merupakan ancaman pembunuhan beramai-ramai,” katanya.

Kenyataan Eliyahu mengenai penggunaan senjata nuklear mencetuskan kemarahan dan menyebabkannya dikenakan tindakan iaitu digantung daripada mesyuarat Kabinet sehingga diberitahu kelak.

Sebelum ini, Eliyahu memberitahu radio Kol Barama Israel bahawa beliau tidak berpuas hati sepenuhnya dengan skala tindakan balas Israel di wilayah Palestin.

Eliyahu menjawab soalan penemuduga dengan menyatakan menjatuhkan sejenis bom atom di Semenanjung Gaza mungkin menjadi `satu pilihan’ namun kemudian menyifatkan kenyataannya sebagai metafora.

Zakharova menegaskan kenyataan Eliyahu bukan sahaja mengesahkan pemilikan senjata nuklear tetapi menunjukkan kesediaan Israel untuk mempertimbangkan secara serius penggunaan nuklear dalam senario tidak sesuai. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya