Kinara digeruni kerana bahasa Inggeris loghat British

Kinara digeruni kerana bahasa Inggeris loghat British

KINARA ARNINTYA PRATISTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMARANG: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun tular dalam media sosial kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Inggeris dengan loghat British.

Kinara Arnintya Pratista, merupakan seorang pencipta kandungan yang terkenal dari Semarang kerana sering memuat naik video di laman TikTok dan Instagram menemu bual penduduk dalam bahasa Inggeris.

Dalam aktiviti harian, Kinara mengakui lebih selesa berbahasa Inggeris berbanding bahasa Indonesia.

“Dulu saya rasa bahasa Inggeris sangat sukar, tetapi kini bahasa Indonesia pula terasa susah. Oleh kerana sudah biasa berbahasa Inggeris, lebih mudah untuk berbual dengan orang dari luar negara,” kata Kinara ketika ditemui Kompas.com.

Pelajar darjah dua Sekolah Rendah Mondial itu mengakui bahasa Inggeris kini juga menjadi bahasa hariannya ketika berbual dengan bapa, adik-beradik dan rakan-rakan di sekolah.

Kinara berkata, selepas memuat naik videonya menemu bual warga asing dengan soalan bahasa Inggeris, terdapat banyak komen warga net yang mengatakan mereka seakan takut untuk berjumpa dengannya.

Pun begitu, si cilik lincah berambut kerinting itu mengakui gemar membuat video sebegitu kerana boleh berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali dan mendapat kawan baharu.

“Saya tidak malu, saya gembira dapat kawan baru, jadi saya tidak sunyi. Jika terasa bosan, saya akan mengisi masa dengan mula menjawab komen melalui Instagram atau TikTok.

“Ini kerana ada banyak juga komen yang kelakar, contohnya ‘jangan pergi pusat beli-belah lagi kawan-kawan, awas ada Nawid cawangan Semarang’,” kata Kinara sambil tersenyum.

Selain gemar berkomunikasi dalam bahasa ketiga, Kinara mempunyai cita-cita menubuhkan sekolah bahasa Inggeris percuma untuk rakyat Indonesia.

“Saya mahu membina bangunan besar, seperti sekolah tetapi percuma. Jadi orang ramai boleh belajar bahasa Inggeris dengan mudah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya