Kereta api rempuh bas mini ragut 11 nyawa di Jawa Timur - Utusan Malaysia

Kereta api rempuh bas mini ragut 11 nyawa di Jawa Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah kereta api merempuh bas mini di daerah Lumajang, wilayah Jawa Timur, Indonesia pada Ahad malam meragut nyawa 11 orang dan mencederakan tiga yang lain, menurut seorang penyelamat.

Ketua pejabat mencari dan menyelamat Jawa Timur, Muhammad Hariyadi berkata, nahas berlaku ketika bas mini itu melintasi persimpangan kereta api tanpa penghadang sebelum sebuah kereta api merempuh bas berkenaan.

Kejadian berlaku di kampung Ranupakis pada 7.53 malam waktu tempatan.

Sementara itu, polis berkata siasatan sedang dijalankan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya