‘Jadi ibu bapa di Gaza seperti sumpahan, kami terpaksa saksi anak mati’

‘Jadi ibu bapa di Gaza seperti sumpahan, kami terpaksa saksi anak mati’

SAMIA al-Atrash meratapi pemergian anak saudaranya yang terbunuh dalam serangan udara tentera Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Serangan demi serangan yang dilancarkan tentera Israel di Semenanjung Gaza sejak awal Oktober lalu menyaksikan lebih 3,600 kanak-kanak terbunuh.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, kesemua mangsa itu terbunuh akibat terkena serangan udara Zionis, serpihan roket yang meletup, melecur akibat terbakar, dihempap bangunan runtuh.

Katanya, antara yang banyak maut termasuk bayi baru lahir.

Hampir separuh daripada 2.3 juta populasi Gaza berusia bawah 18 tahun dan kanak-kanak menyumbang 40 peratus dalam angka korban ketika ini.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Gaza pada minggu lalu, kira-kira 2,001 kanak-kanak yang terkorban berusia bawah 12 tahun, termasuk 615 orang yang berusia bawah tiga tahun.

“Apabila rumah runtuh dibedil bom, strukturnya menghempap kanak-kanak.

“Di Gaza dan dengan situasi ini, boleh dikatakan menjadi ibu bapa seperti satu sumpahan kerana anda menyaksikan depan mata bagaimana anak anda mati.

“Apa lagi yang boleh hancurkan hati kami selain melihat anak tidak berdosa menjadi mangsa?,” kata seorang penulis, Adam al-Madhoun sambil menenangkan anaknya di Hospital Syahid al-Aqsa.

Dalam pada itu, jurucakap UNICEF, James Elder berkata, Gaza sudah pun menjadi kubur besar untuk ribuan kanak-kanak’.

Banyak imej menunjukkan bagaimana orang ramai dan petugas kesihatan mengeluarkan mayat kanak-kanak yang tersepit di bawah runtuhan bangunan.

Tidak cukup dengan itu, imej lebih menyayat hati menyaksikan tubuh kecil yang berkecai akibat terkena bom Zionis turut meruntun hati seluruh dunia.

“Penduduk di Gaza tidak mampu lari ke mana-mana sebab di mana sahaja kami berada, Zionis akan gugurkan bom dan anak-anak kami mati.

“Walaupun Israel suruh kami pindah, tapi di tengah jalan, keluarga kami dibom, jadi, apa pilihan kami?,” ujar Yasmine Jouda yang kehilangan 68 anggota keluarganya.

Selain itu, perang yang berlaku turut menyebabkan lebih 7,000 kanak-kanak di Gaza cedera dengan ada sebahagiannya mengalami cacat kekal. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN