Israel cari untung uji senjata ke atas rakyat Palestin

Israel cari untung uji senjata ke atas rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Beberapa penganalisis mendakwa Israel secara sengaja menguji keberkesanan senjata yang dihasilkan rejim itu ke atas rakyat Palestin sebelum mengeksport bekalan tersebut ke negara lain.

Tindakan itu dilihat seolah-olah bertujuan untuk mencari keuntungan di atas kesengsaraan pihak lain.

Malah, para penganalisis mendakwa senjata yang digunakan ke atas rakyat Palestin mendapat permintaan di peringkat global.

Memetik laporan Al Jazeerra, menurut penganalisis dari King’s College London, Lawrence Freedman, Israel melancarkan peperangan bukan semata-mata untuk `mengiklankan’ senjata dihasilkannya.

“Sudah tentu, tiada sesiapa yang berperang untuk menunjukkan senjata mereka,” katanya.

Seorang lagi penganalis, Antony Loewenstein menyifatkan pelbagai jenis senjata dan teknologi pengawasan dikerahkan dalam setiap peperangan di Gaza.

“Kesemua senjata itu diuji ke atas penduduk Palestin yang kemudian dipasarkan dan dijual kepada sejumlah besar negara di seluruh dunia,” katanya yang juga pengarang The Palestine Laboratory.

Tambah Loewenstein, eksport senjata itu mempunyai banyak manfaat berbanding hasil pendapatan yang dijana oleh Israel.   

“Ia lebih daripada itu, ia juga bertindak sebagai polisi insurans melindungi mereka daripada tekanan untuk mengubah pendirian terhadap penjajahan Palestin selama berdekad-dekad tahun,” katanya.

Setakat ini, Israel merupakan pengeskport dron tentera terbesar di dunia.

Pada 2017, dianggarkan rejim itu menyumbang hampir dua pertiga daripada semua eksport UAV sepanjang tempoh tiga dekad sebelumnya.

Dilaporkan, Israel belum meratifikasi Perjanjian Perdagangan Senjata yang melarang penjualan senjata yang berisiko digunakan dalam genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan.

Oleh itu, eksport senjata dikatakan mempengaruhi sejarah beberapa negara yang kebanyakannya dipimpin rejim kontroversi.

Minggu lalu, jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Qudra menerusi kenyataan memaklumkan pasukan perubatan di wilayah itu meneliti luka melecur teruk pada mayat mangsa Palestin yang terbunuh akibat pengeboman Israel.

Jelasnya, pasukan perubatan itu menyatakan kesan demikian tidak pernah dilihat dalam konflik sebelum ini.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya