Iran seru negara Islam boikot Israel, henti bekal minyak dan makanan - Utusan Malaysia

Iran seru negara Islam boikot Israel, henti bekal minyak dan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyeru negara-negara Islam untuk menghentikan eksport minyak dan makanan ke Israel serta menuntut penamatan pengebomannya di Semenanjung Gaza.

Pemerintah ulama Iran telah memberi amaran kepada Israel tentang peningkatan serangan jika Zionis itu gagal menamatkan pencerobohan terhadap rakyat Palestin.

Menyokong perjuangan Palestin telah menjadi tonggak politik republik Islam itu sejak Revolusi Islam 1979.

Khamenei berkata, Amerika Syarikat (AS) terlibat dalam “jenayah perang terbaharu ini terhadap rakyat Palestin”.

Tegasnya, dunia Islam tidak harus lupa dalam isu penting Gaza, mereka yang menentang negara Palestin yang tertindas adalah AS, Perancis dan Britain.

Israel telah lama menuduh pemerintah ulama Iran mencetuskan keganasan dengan membekalkan senjata kepada Hamas.

Teheran memaklumkan, pihaknya memberi sokongan moral dan kewangan kepada kumpulan itu yang mengawal Semenanjung Gaza.

Tambah Khamenei lagi, salah satu tindakan barat yang tidak tahu malu ialah menuduh pejuang Palestin melakukan keganasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN