Gencatan senjata Hamas-Israel dilanjutkan lagi dua hari - Utusan Malaysia

Gencatan senjata Hamas-Israel dilanjutkan lagi dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Pemberhentian perang antara Israel dan Hamas di Gaza dilanjutkan dua hari ketika ia hampir tamat semalam, kata negara pengantara, Qatar.

Perkembangan itu turut meningkatkan keyakinan lebih ramai tahanan Palestin dan tebusan Israel akan dibebaskan, selepas 69 orang dibebaskan sejak Jumaat lalu.

Lanjutan pemberhentian sementara itu menambah kelegaan selepas kesengsaraan mengharungi perang selama tujuh minggu antara tentera Israel dan kumpulan pejuang Palestin yang bermula 7 Oktober lalu.

Sejak Jumaat lalu, sepanjang empat hari pemberhentian sementara perang, Hamas membebaskan tebusannya manakala Israel membalas dengan pembebasan tahan Palestin di penjaranya.

Israel sebelum ini bersetuju akan melanjutkan pemberhentian perang selama sehari bagi setiap 10 tebusan yang dibebaskan Hamas.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya