Dua pesawat pejuang terhempas, empat pegawai tentera udara Indonesia terbunuh - Utusan Malaysia

Dua pesawat pejuang terhempas, empat pegawai tentera udara Indonesia terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MALANG, JAWA TIMUR: Empat pegawai Tentera Udara Indonesia maut dalam dua nahas berasingan membabitkan dua pesawat pejuang taktikal EMB-314 Super Tucano di Pasuruan, Jawa Timur, ketika menjalani latihan semalam.

Kedua-dua pesawat masing-masing bernombor TT-3111 dan TT-3103 terhempas ketika sesi latihan rutin di dua lokasi berasingan di kawasan pergunungan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Ketua Perkhidmatan Maklumat Angkatan Udara Indonesia, Komodor Udara R Agung Sasongkojati, mengesahkan penemuan mangsa terakhir, Leftenan Kolonel Sandhra “Chevron” Gunawan, komander Skuadron Udara 21.

“Mayat Leftenan Kolonel Sandhra ditemukan pukul 7 malam,” kata Agung dalam sidang media di Pangkalan Udara Abdulrachman Saleh di Malang, Jawa Timur.

Memetik laporan ANTARA, Agung mengesahkan mayat tiga pegawai lain, Kolonel Subhan, Kolonel Widiono Hadiwijaya dan Mejar Yuda A Seta ditemukan lebih awal.

Beliau memaklumkan kesemua mayat mangsa akan diperiksa dengan bantuan Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) Polis Negara.

“Susulan pemeriksaan, jenazah akan ditempatkan di hangar skuadron dan dikebumikan di lokasi yang diminta keluarga masing-masing.

“Kedua-dua pesawat itu terhempas di lokasi berbeza, satu ke utara dan satu lagi sedikit ke selatan. Bagaimanapun, kedua-duanya berada di bahagian utara kawasan pergunungan itu,” katanya.

Pesawat pejuang itu dikendalikan oleh pegawai Tentera Udara peringkat pertengahan.

Leftenan Kolonel Gunawan dan Kolonel Hadiwijaya berada di dalam pesawat TT-3111, manakala Mejar Seta dan Kolonel Subhan mengendali pesawat TT-3103.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN