Sokong Israel, sentimen anti-Singapura semakin meningkat

Sokong Israel, sentimen anti-Singapura semakin meningkat

K. SHANMUGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Terdapat peningkatan ketara dalam sentimen anti-Singapura di media sosial dari seluruh rantau ini sejak serangan pejuang Hamas di Israel pada 7 Oktober lalu dan tindakan balas tentera Israel di Gaza.

Menteri Dalam Negeri dan Undang-Undang, K Shanmugam, berkata komen itu datang daripada mereka yang melihat Singapura sebagai pro Barat atau pro Israel.

“Ada yang mengatakan Singapura adalah Tanah Melayu, di Tanah Melayu, sebagai selari kata mereka dengan Israel berada di tanah Palestin.

“Terdapat juga kenyataan dalam talian supaya Singapura disasarkan menggunakan serangan ‘roket’ dan ‘bom’,” kata Shanmugam ketika berucap pada majlis Anugerah Hari Kebangsaan untuk mengiktiraf pegawai Pasukan Dalam Negeri.

Beliau berkata, kumpulan seperti Al-Qaeda dan Daesh di Iraq dan Syria serta penyokong mereka turut menggunakan konflik semasa untuk memperbaharui gesaan mereka untuk melakukan serangan.

Peperangan Israel-Hamas pada 7 Oktober lalu membunuh 1,200 penduduk Israel, kebanyakannya orang awam dan 240 tebusan ditahan. Serangan Israel di Gaza pula membunuh lebih 15,000 orang.

Gencatan senjata sementara berlangsung di Semenanjung Gaza pada 24 November, selepas konflik selama 48 hari, namun kedua-dua pihak menyatakan perang belum berakhir.

Shanmugam berkata, serangan Hamas membabitkan tahap perancangan dan penyelarasan taktikal yang tinggi, namun dilakukan dengan peralatan dan senjata berteknologi rendah.

Beliau berkata, rakyat Singapura boleh dan harus bersimpati dengan orang awam yang menderita, memohon dan berdoa untuk menamatkan keganasan serta menyumbang kepada usaha kemanusiaan yang dipercayai.

“Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati untuk tidak membiarkan apa yang berlaku di Asia Barat menjejaskan keamanan dan keharmonian yang kita ada di Singapura,” katanya.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.