China bangunkan rangkaian internet terpantas dunia

China bangunkan rangkaian internet terpantas dunia

RANGKAIAN internet terpantas China dijangka beroperasi dalam tempoh dua tahun akan datang. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China sudah mula membangunkan rangkaian internet paling laju di dunia, iaitu lebih pantas daripada rangkaian sedia ada.

Rangkaian itu didakwa boleh bergerak selaju 1.2 terabit bagi setiap saat, iaitu bersamaan dengan memuat naik kira-kira 150 filem dalam masa satu saat, menurut pengeluar teknologi Huawei.

Biarpun tidak diketahui bila teknologi itu akan siap, namun rangkaian internet berkelajuan tinggi boleh memberi kesan yang positif dalam sektor perniagaan, pemindahan maklumat, kelebihan dagangan saham dan meningkatkan keselamatan negara.

Dalam sidang akhbar minggu ini, Huawei dan Cjina Mobile secara rasmi melancarkan rangkaian internet generasi akan datang, dengan kerjasama Universiti Tsinghua Beijing.

Rangkaian itu disifatkan sebagai ‘tulang belakang’ kerana mampu memindahkan trafik internet kepada beberapa lokasi geografi berbeza, selain boleh menyokong pemindahan data daripada teknologi seperti 5G dan kenderaan elektrik.

Rangkaian baharu itu beroperasi menerusi kabel gentian optik antara Beijing dan selatan China yang berjarak 2,896 kilometer.

Projek berkenaan dijangka diuji pada musim panas ini, namun berkemungkinan beroperasi penuh dalam tempoh dua tahun lagi.

Dalam pada itu, Presiden China, Xi Jinping menyifatkan projek tersebut bakal menjadikan negara ini sebagai ‘kuasa siber’ dan mempelopori teknologi internet di dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya