Angka kematian di Gaza meningkat kepada 9,500

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 9,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Angka kematian penduduk Palestin akibat pengeboman Israel secara berterusan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 9,500 orang.

Memetik laporan Agensi Anadolu, pejabat media kerajaan di Gaza memaklumkan lebih separuh daripada jumlah mangsa terkorban merupakan wanita dan kanak-kanak.

“Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 3,900 kanak-kanak dan 2,509 wanita terbunuh dalam serangan Israel,” kata ketua pejabat media, Salama Marouf dalam sidang akhbar.

Jelas Salama, sebanyak 55 masjid, tiga universiti, tiga gereja serta lima bangunan milik Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama di Gaza musnah akibat serangan udara Israel.

Selain itu, katanya, sebanyak 16 hospital, 32 pusat penjagaan primer dan 27 ambulans turut rosak dalam serangan berkenaan.

Menurutnya, jumlah berkenaan adalah tambahan kepada 105 institusi perubatan yang mengalami kerosakan.

Tambahnya, dari aspek bangunan kediaman pula, serangan Israel menyebabkan sebanyak 8,500 rumah, 40,000 unit rumah dan 220 unit lain rosak.

“Serangan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 88 ibu pejabat kerajaan dan 220 sekolah juga rosak.

“Sebanyak 60 sekolah terpaksa ditutup disebabkan tahap kerosakan yang dialaminya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN