Zionis lancar serangan udara di Gaza, hampir 200 rakyat Palestin maut - Utusan Malaysia

Zionis lancar serangan udara di Gaza, hampir 200 rakyat Palestin maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sekurang-kurangnya 198 rakyat Palestin terbunuh manakala 931 lagi cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, menurut Kementerian Kesihatan Palestin kepada media, hari ini.

Israel dihujani serangan roket yang tidak pernah berlaku sebelum ini dari Semenanjung Gaza pada pagi ini.

Tentera Israel mendakwa, golongan radikal melancarkan lebih 2,000 roket, dan berpuluh-puluh pejuang Palestin menyusup ke kawasan sempadan di selatan Israel, lapor Sputnik.

Sejak itu tentera Israel telah melakukan ‘pembersihan’ di kawasan berpenduduk.

Hamas mendakwa sudah menawan lebih 35 askar dan pendatang Israel.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan pelancaran Operasi Pedang Besi terhadap Hamas di Semenanjung Gaza.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menerusi ucapannya berkata Israel sedang berperang dan bahawa dia telah mengarahkan pengerahan rizab sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 70 penduduk Israel terbunuh dalam serangan besar-besaran hari ini.

Media melaporkan bahawa ramai pejuang Palestin juga berjaya menyeberangi sempadan.

Israel telah bertindak balas dengan mengisytiharkan situasi perang.

Berpuluh-puluh jet pejuang Israel telah menyasarkan kemudahan tentera di Semenanjung Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN