Washington dakwa bukan Israel lancar serangan roket di hospital Gaza - Utusan Malaysia

Washington dakwa bukan Israel lancar serangan roket di hospital Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa Israel tidak boleh dipersalahkan susulan serangan ke atas hospital Gaza, kata Rumah Putih semalam.

Sebaliknya Presiden Joe Biden mendakwa insiden itu berlaku akibat tembakan roket yang salah tembak oleh pihak lain.

Biden menyokong kenyataan Israel bahawa rejim Zionis itu tidak melakukan serangan di sebuah hospital di Gaza pada Selasa lalu yang mengorbankan ratusan nyawa.

Kumpulan pejuang Hamas berkata, Israel bertanggungjawab terhadap serangan itu.

“Sementara kami terus mengumpul maklumat, penilaian semasa kami, berdasarkan analisis imej, pintasan dan maklumat sumber terbuka, adalah bahawa Israel tidak bertanggungjawab atas letupan di hospital di Gaza,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara, Adrienne Watson menerusi media sosial.

Jawatankuasa Perisikan Senat mengulangi pandangan Biden, selepas mengkaji risikan mengenai serangan itu.

“Berdasarkan maklumat ini, kami berasa yakin bahawa letupan itu adalah hasil pelancaran roket yang gagal oleh pejuang dan bukan akibat serangan udara Israel,” kata pengerusi Demokrat Mark Warner dan naib pengerusi Republikan, Marco Rubio dalam satu kenyataan.

Perisikan AS termasuk data satelit dan inframerah yang menunjukkan pelancaran peluru dari kedudukan pejuang di dalam Gaza, lapor New York Times, memetik pegawai AS.

Pegawai Israel membekalkan Washington dengan komunikasi yang dipintas antara pegawai Hamas, manakala perisikan AS juga melihat video sumber terbuka pelancaran itu, katanya.

Biden, di Tel Aviv ketika lawatan singkat untuk menunjukkan solidariti kepada Israel selepas serangan Hamas pada 7 Oktober, memberitahu Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bahawa serangan itu “dilakukan oleh pasukan lain.”

Presiden AS kemudiannya memberikan pertuduhan yang lebih tegas mengenai kesalahan, dengan menyatakan berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini, ia kelihatan sebagai hasil daripada roket sesat di Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN