Wanita dapat tahu kekasih curang melalui Google Street View - Utusan Malaysia

Wanita dapat tahu kekasih curang melalui Google Street View

JULIANA mendapat tahu kekasihnya berlaku curang dengan rakan baiknya melalui Google Street View. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Seorang wanita di Brazil terkejut selepas mendapat tahu teman lelakinya berlaku curang dengan rakan baiknya sendiri melalui teknologi Google Street View.

Lapor Daily Mail, Juliana Lima dari Ceará turut berkongsi kisah curang kekasihnya menerusi laman TikTok pada bulan lalu.

Rakaman video itu tular dalam media sosial dan memperoleh lebih sembilan juta tontonan.

Menurut Juliana, pada hari kejadian dia melayari Google Street View secara rawak selepas ternampak sebuah kereta syarikat gergasi itu lalu di hadapan rumahnya.

Katanya, disebabkan ingin tahu laluan digunakan kenderaan itu, dia memutuskan untuk melihatnya secara dalam talian.

Ketika itu, Juliana mendakwa ternampak teman lelakinya sedang menaiki motosikal bersama wanita lain.

“Wanita membonceng motosikal itu tidak kelihatan seperti saya, jadi saya mengikut mereka.

“Namun, selepas itu, saya tidak dapat mengesan motosikal berkenaan di Google Street View dan terpaksa meneliti jalan lain untuk mencari mereka sebelum menjumpainya,” katanya.

Juliana kemudian mendakwa melihat rakaman memaparkan seorang lelaki yang dipercayai merupakan kekasihnya sedang baring atas riba wanita di bangku jalanan.

Dia mendakwa wanita berkenaan merupakan kawan baiknya sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya