Trend buat umrah secara 'backpacker' meningkat di Indonesia

Trend buat umrah secara ‘backpacker’ meningkat di Indonesia

AKTIVITI melakukan umrah secara kembara semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA: Pejabat Wilayah Kementerian Agama Daerah Istimewa Yogyakarta mendedahkan aktiviti menunaikan umrah secara kembara atau backpacker semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat negara ini.

Namun, kegiatan itu boleh mencetuskan pelbagai risiko.

Ketua Bidang Penyelenggaraan Haji dan Umrah Yogyakarta, Aidy Johansyah berkata, aktiviti umrah secara kembara itu termasuk dalam kategori umrah bukan prosedur atau tanpa melalui badan yang sewajarnya.

Katanya, umrah tanpa prosedur itu berisiko kerana tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan dan perlindungan daripada kerajaan serta agensi berdaftar.

Bakal jemaah umrah boleh terkandas sebaik sahaja tiba di tanah suci kerana tidak mempunyai dokumen yang lengkap berikutan semuanya dilakukan sendiri tanpa sebarang prosedur.

“Trend melakukan umrah secara kembara ini semakin meningkat, kerana ramai yang berpandangan cara ini lebih murah dan menyeronokkan.

“Perkara itu mungkin tidak lagi berbaloi sekiranya jemaah itu jatuh sakit dan terkandas di tanah suci,” katanya.

Dalam pada itu, Aidy memaklumkan, pihak berkuasa tempatan akan mengerahkan semua anggota polis supaya memantau media sosial yang menjadi platform iklan atau tawaran melakukan umrah secara kembara.

Jelasnya, setiap rakyat Indonesia yang beragama Islam mempunyai hak dan keistimewaan untuk melakukan umrah dan haji mengikut prosedur rasmi.

“Kita ada cara yang sebetulnya, kenapa perlu ikut cara yang susah? Jangan jadikan tanah suci itu tempat kita terkandas, tempat kita dapat susah,” ujarnya.

Sementara itu, aktiviti umrah secara kembara boleh menyebabkan individu terlibat berdepan tindakan undang-undang, termasuk hukuman penjara enam tahun dan denda 6 bilion rupiah (RM1.8 juta)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya