Transaksi judi online 2023 Indonesia cecah AS$10.3 bilion

Transaksi judi online 2023 Indonesia cecah AS$10.3 bilion

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) mendedahkan sebanyak lebih 159 juta transaksi berkaitan judi dalam talian sepanjang 2023 dengan nilai mencecah AS$10.3 bilion (RM48.7 bilion).

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua PPATK, Ivan Yustiavandana, semalam.

“Sepanjang tahun ini, PPATK mengesan lebih 159 juta transaksi melibatkan judi dalam talian.

“Jika digabungkan dengan tahun-tahun terdahulu, jumlahnya boleh mencecah lebih AS$12.8 bilion (RM60.4 bilion)” katanya.

Sebelum ini, PPATK menyatakan transaksi berkaitan judi dalam talian sepanjang tahun 2017 hingga 2022 adalah sebanyak AS$12.2 bilion (RM58 bilion).

Jelas agensi tersebut, transaksi judi dalam talian itu melibatkan aliran dana untuk tujuan pertaruhan, bayaran kemenangan, kos penganjuran perjudian, pemindahan antara rangkaian bookie dan transaksi didakwa pengubahan wang haram.

Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi dan Maklumat memaklumkan jumlah keseluruhan transaksi judi dalam talian di negara ini dianggarkan mencecah AS$12.8 bilion.

Kegiatan haram itu juga menyebabkan masyarakat mengalami kerugian tahunan sebanyak AS$1.7 juta (RM8 juta).

“Kita tidak lagi boleh pandang ringan isu ini. Kegiatan judi dalam taliansudah semakin kronik,” kata Menteri Komunikasi dan Maklumat, Budi Arie Setiadi.

Sepanjang September 2023, pihak berkuasa sudah memutuskan akses kandungan judi dalam talian sebanyak 60,582.

Hal itu termasuk dalam laman web, alamat IP, perkongsian fail kandungan, dalam Facebook dan Instagram, serta Google dan Youtube.

Setakat ini, beberapa platform media sosial seperti TikTok, Halo-App dan App Store masih ‘bersih’ daripada kegiatan judi dalam talian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN