BANGKOK: Bekas perdana menteri, Thailand Thaksin Shinawatra yang kini dipenjarakan akan meneruskan rawatan perubatannya di Hospital Besar Polis, kata Department of Corrections semalam.
Ketua Pengarahnya, Sahakarn Phetnarin, berkata keputusan membenarkan Thaksin kekal di hospital adalah berdasarkan saranan doktor yang mahu beliau kekal di hospital untuk menerima rawatan sewajarnya seperti tekanan darah tinggi, masalah pernafasan dan penyakit yang berkaitan.
Kelulusan daripada jabatan itu serta syor dan bukti perubatan sudah diserahkan kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kehakiman bagi kelulusan akhir mengenai lanjutan penginapan Thaksin di hospital.
Thaksin kembali ke Thailand pada 22 Ogos selepas hidup dalam buangan selama 15 tahun berikutan penggulingannya oleh rampasan kuasa tentera pada 2006 serta menghadapi hukuman penjara secara gabungan dengan hukuman penjara selama lapan tahun.
Beliau dipindahkan dari hospital Penjara Reman Bangkok ke Hospital Besar Polis selepas doktor di hospital penjara mendapati beliau mengalami sakit dada dan tekanan darah tinggi yang berterusan.
Pihak berkuasa Thailand berkata ,Thaksin tidak akan dibenarkan dengan mudah dipindahkan ke hospital swasta yang lebih selesa. – AGENSI