GAZA CITY: Sekurang-kurangnya 85 penduduk Tebing Barat ditahan oleh tentera Israel pada malam semalam dan awal pagi tadi.
Perkara itu disahkan oleh Persatuan Tahanan Palestin dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Lapor CNN, menurut kenyataan, kesemua penduduk itu ditahan di Ramallah dan Baitulaham.
Jelas kenyataan itu, lebih 1,215 orang turut ditahan di Tebing Barat sejak awal bulan ini.
Terdapat penahanan membabitkan suspek anggota pejuang di Tebing Barat hampir setiap hari sejak 7 Oktober lalu.
Dilaporkan, Persatuan Tahanan Palestin merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang bertujuan menangani masalah tahanan Palestin di penjara dan pusat tahanan Israel.