BAITULMUQADDIS: Pasukan tentera Israel dilaporkan bertempur dengan pejuang Hamas di beberapa lokasi di sekitar Semenanjung Gaza, hari ini.
Pertempuran itu berlaku selepas Hamas membedil lebih 5,000 roket ke arah wilayah Israel pada awal pagi ini.
Jurucakap tentera Israel, Richard Hecht berkata, pasukan askarnya melakukan serbuan di semua lokasi, termasuk di darat dan laut.
Katanya, pejuang Hamas masuk ke wilayah Israel menerusi laluan darat, laut dan udara.
“Tentera Hamas menggunakan payung terjun untuk masuk ke wilayah Israel menerusi udara.
“Ketika ini, pertempuran sedang berlangsung antara tentera Israel dengan tentera Hamas,” katanya.
Terdahulu, Hamas menyeru semua pejuang di Tebing Barat dan negara Arab Islam supaya ‘turun padang’ membantu pergerakan itu menentang Zionis, sekali gus membebaskan Palestin daripada cengkaman Israel.
Insiden kali ini merupakan konflik terbaharu antara Palestin dengan Israel.