GAZA: Serangan udara terbajaru tentera Israel menyebabkan sekurang-kurangnya 436 rakyat Palestin di Gaza terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu.
Zionis dilaporkan membedil kem pelarian Shati dan bandar Khan Younis dalam serangan tersebut.
Insiden itu berlaku sebelum Hamas membebaskan dua lagi tebusan wanita, iaitu Nurit Cooper, 80, dan Yocheved Lifshitz, 85, hasil daripada rundingan bersama wakil dari kerajaan Mesir-Qatar.
Jumlah kematian itu menjadikan angka korban di Gaza mencecah lebih 5,000 orang.