Kolam takungan surut, ribuan kubur kuno ‘timbul' - Utusan Malaysia

Kolam takungan surut, ribuan kubur kuno ‘timbul’

PARAS air yang surut di Kolam Takungan Gajah Mungkur di Wuryantoro di Wonogiri, Jawa Tengah menyebabkan ribuan kubur lama timbul semula. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WONOGIRI: Paras air yang semakin surut di Kolam Takungan Gajah Mungkur di Wuryantoro di Wonogiri, Jawa Tengah menyebabkan sejumlah kubur zaman kuno dan anggota Parti Komunis Indonesia (PKI) ‘muncul semula’.

Sebelum ini, terdapat ribuan kubur milik penduduk Wuryantoro sejak abad ke-19, termasuk 13 kubur anggota PKI yang ditembak mati oleh pihak berkuasa dalam insiden 1965.

Kemudian, kesemua kubur tersebut ditenggelamkan bagi membina kolam takungan berkenaan pada 1976.

Selain itu, sejumlah kediaman juga ditenggelamkan dalam projek tersebut, menyaksikan penduduknya berpindah ke tempat lain.

Tinjauan Kompas.com di lokasi kolam tersebut menyaksikan banyak batu nisan sudah timbul, namun nama si mati sukar dibaca akibat sudah luntur.

Beberapa penduduk setempat memberitahu, apabila musim kemarau berlaku, air di kolam takungan tersebut akan surut sehingga menampakkan semua kuburan yang tenggelam sebelum ini.

Malah, mereka mengeluh apabila sukar untuk bertani berikutan kekurangan sumber air.

“Setiap kali musim kemarau tiba, air memang akan surut sehingga menampakkan semua kubur kuno, termasuk kubur anggota PKI yang terkorban.

“Ada keluarga yang sudah memindahkan jenazah sebelum kawasan itu ditenggelami air, dan ada juga yang membiarkannya kekal di situ,” kata Sunyoto.

Jelasnya, penduduk setempat tidak menerima sebarang pampasan daripada kerajaan apabila kubur ahli keluarga mereka ditenggelamkan untuk projek kolam takungan tersebut.

Projek tersebut menyaksikan sebanyak 45 kampung ditenggelamkan dengan 41,000 penduduk dipindahkan ke tempat lain.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN