Israel terus bedil Gaza, ratusan ribu hilang tempat tinggal - Utusan Malaysia

Israel terus bedil Gaza, ratusan ribu hilang tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Udara Israel melancarkan serangan udara terbaharu ke atas beberapa bangunan di Semenanjung Gaza di mana sasaran tentera Hamas dikatakan berada.

Menurut BBC, jet pejuang Israel menyerang infrastruktur operasi Hamas dengan laporan letupan berhampiran Menara Watan, sebuah kompleks komersial yang besar di Gaza.

Tentera Israel juga mendakwa menguasai semula balai polis berhampiran sempadan Gaza yang ditawan oleh Palestin.

Lapor Times of Israel, 10 pejuang Palestin terbunuh susulan operasi polis Israel itu, memetik kenyataan Komander Polis Sempadan, Amir Cohen.

Satu kenyataan tentera berkata, jet pejuang menyerang dua bilik kawalan Hamas di Gaza dan dua infrastruktur operasi di dalam masjid turut menjadi sasaran serangan pesawat.

Tentera Israel menggesa penduduk Gaza mengosongkan kawasan kediaman di tengah-tengah serangan udara yang berterusan di seluruh wilayah Palestin dan mengisytiharkan kawasan sekitar sempadan Gaza sebagai zon tentera tertutup.

Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) berkata, sekurang-kurangnya 20,000 penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal di Gaza dan terpaksa berlindung di berpuluh-puluh sekolah serta pusat perlindungan kecemasan di seluruh semenanjung itu.

Akhbar Yedioth Ahronoth berkata, penggera amaran roket berbunyi di Ashkelon selepas tembakan roket dari Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN