Israel kepung sepenuhnya Semenanjung Gaza, putuskan bekalan air, elektrik - Utusan Malaysia

Israel kepung sepenuhnya Semenanjung Gaza, putuskan bekalan air, elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel mengenakan kepungan menyeluruh ke atas Semenanjung Gaza semalam termasuk memutuskan bekalan air, selain terus mengebom sasaran di kawasan Palestin yang sesak sebagai tindak balas terhadap serangan mengejut Hamas yang disamakan dengan serangan 11 September.

Terkejut dengan serangan darat, udara dan laut yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Israel menganggarkan lebih 700 orang maut dan melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Gaza yang turut mengorbankan kira-kira seramai hampir 700 rakyat Palestin.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengancam Hamas bakal berdepan ‘keadaan sukar dan dahsyat’ dan mendakwa tindakan rejim itu bakal mengubah Asia Barat.

“Ini hanya permulaan. Kami akan mengalahkan mereka dengan kekerasan, kekuatan yang sangat besar,” katanya.

Kepulan asap daripada letupan menghitamkan langit Gaza ketika Hamas terus melancarkan roket sehingga ke Tel Aviv dan Baitulmaqdis, yang mana sistem pertahanan peluru berpandu melepaskan tembakan dan siren serangan udara bergema.

Israel dihujani serangan roket yang tidak pernah berlaku sebelum ini dari Semenanjung Gaza pada pagi Sabtu. Tentera Israel mendakwa Hamas melancarkan lebih 3,000 roket, sambil menambah bahawa berpuluh-puluh tentera Hamas menyusup ke kawasan sempadan di selatan Israel.

Tentera Israel telah menghantar tentera ke wilayah selatan untuk menakluk semula kawasan itu dan mula melancarkan serangan ke atas Hamas di Gaza.

Sementara itu, Israel mengerahkan 300,000 tentera pasukan simpanan untuk kempen ‘Pedang Besi’ dan konvoi trak sedang menggerakkan kereta kebal ke selatan, yang mana tenteranya mengusir pejuang Hamas terakhir dari bandar yang diperangi.

Menteri Pertahanan Yoav Gallant, berkata Israel akan mengenakan pengepungan penuh ke atas wilayah yang dikenakan sekatan lama itu dan memberi tekanan kepada 2.3 juta penduduk.

“Tiada elektrik, makanan, air serta gas, semuanya diputuskan,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN