Israel kawal ketat Masjid Al-Aqsa

Israel kawal ketat Masjid Al-Aqsa

POLIS sempadan Israel berkawal sekitar Masjid Al-Aqsa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Pasukan keselamatan Israel menghalang anak-anak muda Palestin daripada mendekati Masjid Al-Aqsa sehingga mereka terpaksa menunaikan solat Jumaat di luar kota lama Baitulmuqaddis

Rejim zionis bertindak demikian sebelum membenarkan ribuan jemaah warga emas memasuki Masjid Al-Aqsa di bawah sekatan ketat yang berterusan.

Menurut Jabatan Wakaf Islam, kira-kira 5,000 penduduk Palestin sahaja menunaikan solat Jumaat di tapak suci itu.  

Jumlah itu amat kecil jika dibandingkan dengan lebih 50,000 penduduk Palestin memenuhi Masjid Al-Aqsa untuk mengerjakan solat Jumaat sebelum konflik tercetus antara Israel dan Hamas.

Sejumlah besar polis Israel dilaporkan berkawal sekitar masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu.

Beratus-ratus penduduk Palestin mengadakan protes di sekitar jalanan Ramallah di Tebing Barat yang mana rata-rata menyatakan sokongan kepada kumpulan pejuang Hamas.

Penduduk berkenaan melaungkan slogan `bebaskan Gaza’ dan `rakyat mahukan Briged Al-Qassam’ yang merujuk kepada sayap kumpulan Hamas.

Kebanyakan penduduk juga mengibarkan bendera kumpulan Hamas selain memegang sepanduk mewakili pelbagai gerakan Palestin. – AFP/REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN