TEL AVIV: Lebih ramai pejuang Palestin memasuki bandar Magen di selatan Israel, lapor media Israel.
Menurut beberapa media Israel, pertempuran senjata api besar-besaran sedang berlaku di kawasan itu dengan tentera Israel menggunakan kereta kebal untuk menentang pejuang Palestin.
Pertempuran sengit turut dilaporkan masih berlarutan di beberapa bahagian di selatan Israel.
Menurut agensi berita Haaretz, tentera Israel sudah menguasai semula kebanyakan kawasan di selatan tetapi pertempuran berterusan di kawasan berhampiran sempadan Gaza termasuk Be’eri dan Sderot.-AGENSI