Insiden tembakan di Siam Paragon: Suspek ubah suai pistol

Insiden tembakan di Siam Paragon: Suspek ubah suai pistol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang remaja yang disyaki membunuh dua warga asing dan mencederakan lima mangsa lain dalam insiden tembakan di sebuah pusat membeli-belah di Thailand, didapati mengubah suai pistol untuk melepaskan tembakan secara rambang.

Memetik laporan Bangkok Post, perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawai kanan polis dalam satu wawancara disiarkan di televisyen.

Mejar Jeneral Samran Nuanma berkata, suspek mengubah suai pistol yang direka untuk melepaskan tembakan rambang bagi membolehkan menggunakan peluru hidup.

Sebelum ini, polis memaklumkan suspek menerima rawatan psikologi dan gagal mengambil ubatnya sepertimana ditetapkan.

“Biasanya, kami tidak mendapat suspek hidup. Kes ini adalah amat penting. Kami memerlukan maklumat daripada remaja itu.

“Pada mulanya, saya bercakap dengannya untuk menenangkannya kerana dia kelihatan agak bimbang dan mendakwa mendengar bisikan seseorang yang memberitahunya supaya menembak orang,” katanya.

Keadaan huru hara tercetus di pusat membeli-belah Siam Paragon di Bangkok sewaktu hampir waktu puncak, dengan ratusan pengunjung bertempiaran lari menyelamatkan diri sejurus selepas mendengar bunyi tembakan itu.

Mangsa yang maut merupakan dua wanita warga China dan Myanmar.

Dilaporkan, suspek berusia 14 tahun itu ditahan lewat malam semalam.

Insiden tembakan yang berlaku di pusat membeli-belah paling terkenal di Thailand dikatakan mampu menjadi tamparan hebat kepada usaha negara it untuk meningkatkan sektor pelancongan tempatannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN