Indonesia nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Israel, Palestin

Indonesia nasihat rakyat tangguh perjalanan ke Israel, Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia mengeluarkan nasihat perjalanan supaya rakyat negara ini yang berhasrat melakukan perjalanan ke wilayah Palestin dan Israel untuk menangguhkan rancangan mereka.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan, demi kepentingan dan keselamatan rakyat, individu yang merancang untuk melakukan perjalanan digalakkan menangguhkannya sehingga diberitahu kelak.

Kementerian juga amat menggalakkan semua rakyat Indonesia yang berada di kedua-dua wilayah itu untuk segera meninggalkan kawasan berkenaan atas faktor keselamatan.

Kerajaan Indonesia kini berkoordinasi dengan pelbagai pihak, termasuk kedutaannya di Amman, Beirut dan Kaherah untuk memindahkan rakyat di wilayah Palestin.

Ketika ini, terdapat 45 warga Indonesia di kawasan itu, termasuk 10 di Gaza.

Jurucakap kementerian, Lalu Muhamad Iqbal, berkata tumpuan ketika ini adalah kepada situasi kemanusiaan, khususnya usaha untuk menghentikan peningkatan keganasan dan mencegah lebih banyak korban dalam kalangan orang awam.

“Menteri Luar Retno Marsudi terus berhubung dengan beberapa negara dan organisasi antarabangsa untuk menghentikan keganasan,” katanya.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober telah mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN