ICRC rayu tambahan pakar bedah di Gaza - Utusan Malaysia

ICRC rayu tambahan pakar bedah di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Jawatankuasa Palang Merah (ICRC) menyeru supaya pakar bedah dibenarkan melalui lintasan Rafah ke Gaza.

Pegawai Perhubungan Awam ICRC, Sarah Davies berkata, selain bekalan kemanusiaan yang amat diperlukan di Gaza, kakitangan perubatan juga harus dibenarkan masuk untuk mengurangkan tekanan ke atas kakitangan hospital.

“Apa yang paling diperlukan sekarang ialah aliran berterusan bekalan dan bantuan kemanusiaan ke Gaza termasuk kakitangan perubatan serta pasukan pakar bedah yang boleh mengurangkan tekanan di beberapa hospital.

“Ini perlu dikekalkan kerana orang ramai tidak boleh bertahan dengan trak bantuan yang terlalu sedikit. Keadaan benar-benar sangat teruk di sini.

“Kami sentiasa berhubung dengan pasukan kami di lapangan dan adegan yang mereka gambarkan amat mengerikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN