Hospital sesak dengan mangsa bom, situasi di Gaza semakin genting - Utusan Malaysia

Hospital sesak dengan mangsa bom, situasi di Gaza semakin genting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Seorang doktor di Hospital Al-Shifa, di sini, berkongsi situasi yang semakin genting di Gaza dengan memberitahu tiada katil untuk pesakit yang cedera dan keluarga pesakit yang terluka hanya mampu terbaring di lantai di hospital.

Bercakap kepada BBC, Dr. Mohamad Matar berkata, masalah terburuk yang mereka hadapi sekarang adalah kekurangan bekalan-bekalan yang semakin habis dalam semua keperluan.

Dr. Matar menjelaskan, sepanjang sembilan tahun berkhidmat sebagai doktor di Gaza, beliau “menyaksikan berlaku banyak peningkatan (berhubung) perang antara Israel dan Palestin” tetapi mengatakan (perang) kali ini “sangat… sangat berbeza”.

“Rakan-rakan saya di bilik operasi terpaksa memilih di antara pesakit-siapa yang lebih mungkin untuk bertahan hidup?”

“Hampir semua orang yang cedera terbaring di lantai, lantai penuh dengan darah.”

Beliau menambah, kebanyakan mangsa adalah orang awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN