74,000 penduduk Palestin berlindung di puluhan sekolah di Gaza

Hampir 74,000 penduduk Palestin berlindung di puluhan sekolah di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kira-kira 74,000 penduduk Palestin yang meninggalkan rumah mereka selepas serangan Israel tercetus, terpaksa berlindung di 64 buah sekolah terletak di beberapa wilayah Semenanjung Gaza.

Agensi Anadolu melaporkan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menjangkakan jumlah tersebut akan meningkat.

UNWRA dalam satu kenyataan memaklumkan sebuah sekolah yang menempatkan sejumlah penduduk Palestin di Semenanjung Gaza, dibedil oleh tentera Israel.

Penduduk Palestin tinggal berhampiran kawasan sempadan Semenanjung Gaza atau di kawasan yang menjadi sasaran serangan sengit Israel terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Sayap kumpulan pejuang Hamas, Briged Al-Qassam melancarkan serangan ke atas Israel pada pagi Sabtu lalu.

Ketika ribuan roket dilepaskan dari Gaza ke arah Israel, kumpulan pejuang tersebut memasuki Pintu Sempadan Beit Hanun-Erez di sempadan Gaza-Israel.

Tentera Israel kemudian melancarkan serangan balas menyasarkan Semenanjung Gaza dengan puluhan pesawat tempur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN