Hamas seru pejuang di Tebing Barat, negara Islam Arab sertai perjuangan tentang Zionis - Utusan Malaysia

Hamas seru pejuang di Tebing Barat, negara Islam Arab sertai perjuangan tentang Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pergerakan Hamas menyeru semua pejuang di Tebing Barat dan negara-negara Islam Arab menyertai mereka berjuang membebaskan Palestin daripada cengkaman Israel.

Dalam konflik terbajaru, Hamas melancarkan leih 5,000 roket ke wilayah Israel pada awal pagi ini menyebabkan seorang penduduk Yahudi maut, manakala 15 lagi cedera dengan dua daripadanya parah.

Ketenteraan Israel menegaskan Hamas dan Palestin akan menerima ‘balasan akibat perbuatan mereka’.

“Apa yang berlaku ketika ini, Hamas akan terima balasannya,” menurut tentera Zionis.

Pelancaran roket itu menyebabkan sejumlah kenderaan dan infrastruktur di wilayah Isral mengalami kerosakan serta musnah.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula memaklumkan beliau sudah pun berbincang dengan tentera berhubung serangan Hamas.

Sementara itu, pejuang Hamas mendakwa mereka sudah merampas satu daripada kereta kebal tentera Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN