BAITULMUQADDIS: Pergerakan Hamas memaklumkan pasukan pejuangnya melancarkan operasi baharu menentang penindasan dan kezaliman Israel.
Menerusi satu kenyataan, pemimpin sayap tentera Hamas, Mohammed Deif berkata, lebih 5,000 roket dilancarkan ke Israel pada awal pagi semalam bagi memulakan operasi tersebut.
Israel turut memaklumkan mengenai tindakan Hamas tersebut.
“Kami memutuskan, apa yang dilakukan Zionis ketika ini terhadap semua rakyat Palestin harus dihentikan segera.
“Cukup-cukuplah tindas kami dan tanah air kami, Israel tiada hak di sini,” katanya.
Deif sebelum ini sudah beberapa kali terselamat daripada ancaman bunuh oleh Israel dan tidak membuat penampilan umu.
Dalam pada itu, Israel memaklumkan sejumlah pengganas sambil merujuk kepada pejuang Hamas sudah menceroboh wilayahnya.
Namun, rejim Zionis itu tidak memberikan butiran lanjut mengenai dakwaan tersebut.
Selain itu, ratusan rakyat Palestin meninggalkan kediaman mereka di timur Gaza kerana tidak mahu berada berhampiran sempadan Israel.
Mereka yakin Israel akan melakukan serangan balas dalam masa terdekat.
Golongan wanita dan kanak-kanak didapti membawa bekalan asas seperti selimut dan makanan ketika meninggalkan rumah masing-masing