Gunung Merapi meletus lagi - Utusan Malaysia

Gunung Merapi meletus lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA: Gunung Berapi Merapi kembali aktif apabila memuntahkan debu panas dan lahar, kelmarin.

Berdasarkan laporan Balai Penyelidikan dan Perkembangan Tekonologi Bencana Geologi (BPPTKG), gunung berapi yang terletak di sempadan Yogyakarta dan Jawa Tengah itu mengeluarkan lahar dalam jarak 1.8 kilometer.

Kegiatan itu direkodkan berlaku pada pukul 6 petang hingga 12 malam.

“Berlaku kira-kira 20 kali letusan lahar dengan jarak meluncur maksimum 1.8 kilometer.

“Selain itu, berlaku juga 30 kali gempa akibat letusan tersebut dalam tempoh enam jam,” kata Suraji, petugas di Pos Pemerhati Gunung Merapi.

Kegiatan gunung berapi itu dikhuatiri mencetuskan letusan lebih besar pada masa terdekat.

Sehubungan itu, BPPTKG mengingatkan semua penduduk di kawasan sekitar supaya berhati-hati dan menjauhi kawasan gunung berapi.

Malah, penduduk juga diminta memakai pelitup muka ekoran debu lahar yang tebal.

Letusan besar terakhir gunung berapi itu berlaku pada 2010, menyaksikan lebih 300 orang maut dan memaksa pemindahan kira-kira 280,000 penduduk.

Letusan itu merupakan paling kuat di Merapi sejak tahun 1930 apabila kira-kira 1,300 orang terbunuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN