‘Cucu saya trauma apabila dengar bunyi dentuman’ - Utusan Malaysia

‘Cucu saya trauma apabila dengar bunyi dentuman’

‘Cucu saya trauma apabila dengar bunyi dentuman’
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Sudah setahun berlalu sejak sebuah perkampungan di Thailand dikejutkan dengan tragedi serangan pusat asuhan yang disifatkan sebagai satu daripada kejadian amukan paling dahsyat dalam sejarah negara itu.

Namun, penduduk Uthai Sawan khususnya para ibu bapa dan keluarga yang kehilangan orang tersayang masih cuba menerima peristiwa ngeri yang menggemparkan seluruh dunia.

Pada 6 Oktober tahun lalu, bekas anggota polis, Panya Khamrab membunuh 37 orang termasuk 24 kanak-kanak di pusat asuhan di Uthai Sawan, wilayah Nong Bua Lamphu.

Lapor Daily Mail, Panya membunuh kanak-kanak yang sedang tidur selepas makan tengah hari dengan menggunakan pisau dan pistol di pusat asuhan tersebut.

Dia kemudian melarikan diri dari tempat kejadian dengan menaiki kenderaan dan pulang ke rumah lalu membunuh isteri serta anak lelakinya sebelum menembak dirinya sendiri.

Paweenuch Supolwong atau dikenali sebagai Ammy antara dua mangsa terselamat dalam insiden itu yang mana ketika kejadian kanak-kanak itu sedang tidur dengan berselimut menutupi kepalanya semasa serangan itu.

Kini apabila Ammy sedang bermain, kanak-kanak itu diawasi melalui kamera litar tertutup (CCTV) di rumah dan taska bagi menyakinkan keluarganya bahawa dia selamat.

Menurut neneknya, Yupin Srithong, dia masih trauma dengan kejadian setahun lalu sehingga pada mulanya enggan menghantar cucunya ke sekolah lagi.

“Kami masih berasa takut. Saya tidak mahu biarkan Amy hilang dari pandangan saya.

“Malah, serangan itu masih menghantui Ammy. Jika terdengar bunyi dentuman kuat yang menakutkan, cucu saya terus menjadi takut dengan memikirkan adanya berlaku tembakan sambil meminta memeluknya,” katanya.

Jelas Yupin, kamera pengawasan tersebut dipasang oleh ibu Ammy selepas serangan itu supaya mereka boleh memerhati kanak-kanak itu dari jauh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN