Arab Saudi terus sokong perjuangan rakyat Palestin

Arab Saudi terus sokong perjuangan rakyat Palestin

PUTERA Mohammed bin Salman berjalan beriringan dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo di Riyah, Arab Saudi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman mengulangi sokongan negara itu untuk mencapai penyelesaian kekal kepada perjuangan rakyat Palestin.

Tekad itu disuarakan beliau sewaktu berucap pada majlis pembukaan Sidang Kemuncak GCC-ASEAN di Riyadh semalam.

Putera Mahkota itu juga berkata beliau ‘kecewa’ dengan keganasan yang semakin meningkat di Gaza, menyaksikan ramai mangsa yang tidak bersalah terkorban dan secara tegas menolak sasaran yang ditujukan kepada orang awam.

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) dalam kenyataan pembukaannya turut menggesa agar keganasan di Gaza dihentikan mengikut undang-undang antarabangsa.

Selain itu, Mohammed juga menyatakan Arab Saudi sentiasa berusaha untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara ASEAN dalam semua bidang.

Walaupun kedua-dua pertubuhan itu sudah menjalin hubungan pada 1990, perhimpunan ini akan menjadi sidang kemuncak sulung kedua-dua blok berkenaan dengan tujuan mengoptimumkan kerjasama antara blok serantau.

Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Horn mengetuai delegasi blok itu ke sidang kemuncak berkenaan.

Sidang tersebut bakal dimuktamadkan dengan mengeluarkan kenyataan bersama mengenai hasil dan rancangan kerjasamanya untuk 2024 hingga 2028.

GCC terdiri daripada Arab Saudi, Oman, Qatar, Bahrain, Kuwait dan UAE, manakala blok ASEAN terdiri daripada Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Filipina.

Nilai perdagangan antara negara-negara ASEAN kini berjumlah lebih daripada AS$110 bilion (RM524 bilion).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya