GAZA: Sekurang-kurangnya 13 tebusan warga Israel dan rakyat asing yang ditahan di utara Semenanjung Gaza terbunuh akibat bedilan udara tentera Zionis dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Hamas, kesemua tebusan itu maut di lima lokasi yang menjadi sasaran jet pejuang Israel.
Israel sebelum ini memaklumkan Hamas menahan lebih 150 orang penduduknya, termasuk orang awam dan anggota tentera.
Israel menghujani Gaza dengan serangan bom bertubi-tubi, menyaksikan lebih 1,5000 penduduk terbunuh.
Menurut pihak berkuasa Gaza, sekurang-kurangnya 500 kanak-kanak maut dalam serangan Zionis ke wilayah itu sejak Sabtu lalu.