Wanita kulit putih dinobat Miss Universe Zimbabwe

Wanita kulit putih dinobat Miss Universe Zimbabwe

BROOKE BRUK-JACKSON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HARARE: Seorang wanita kulit putih berusia 21 tahun dinobatkan sebagai Miss Universe Zimbabwe dalam satu acara diadakan minggu lalu.

Ini bermakna Brooke Bruk-Jackson bakal mewakili negara Afrika pada pertandingan Miss Universe akan datang.   

Pertandingan Miss Universe Zimbabwe yang diadakan buat pertama kali dalam 22 tahun, mencetuskan kontroversi perkauman di negara Afrika itu, dengan ramai menganggap pemenang bukan representasi tepat daripada populasi penduduk Zimbabwe.   

Lapor Oddity Central, Brooke dilahirkan dan dibesarkan di Harare, ibu kota Zimbabwe.

Malah, dia juga merupakan wanita berkulit putih yang mana dilihat menjadi masalah bagi kebanyakan orang.       

Penobatan Brooke sebagai Miss Universe Zimbabwe mencetuskan perdebatan hangat di laman media sosial.

Rata-rata warganet mengkritik dan berpandangan bahawa gelaran dimenangi dicemari oleh berat sebelah perkauman.  

Malah, ramai berpandangan Brooke menang hanya kerana dia berkulit putih.

“Saya tidak menyokong ini sama sekali dan saya berada di sini bukan untuk berdebat dengan sesiapa.

“Orang kulit hitam harus belajar menyayangi dan menghormati diri sendiri. Mereka perlu berhenti menghantar gadis kulit putih untuk mewakili Zimbabwe,” kata seorang warganet di laman Instagram.

Pertandingan Miss Universe Zimbabwe merupakan acara awal kebangsaan yang mana peserta dipilih akan bertanding merebut gelaran Miss Universe.

Para peserta mewakili 10 wilayah negara Zimbabwe dan termasuk warga Zimbabwe yang tinggal di diaspora.

Dilaporkan, Brooke sebenarnya merupakan wanita kulit putih kedua yang memenangi pertandingan ratu cantik Afrika tahun ini, selepas Miss Afrika Selatan.

Namun, kemenangannya dianggap lebih kontroversi kerana landskap perkauman Zimbabwe yang sangat berpecah-belah, berpunca daripada sejarah reformasi tanah dan penghijrahan penduduk kulit putih.

Beberapa individu berasa hairan kerana Brooke yang merupakan satu-satunya wanita kulit putih daripada 25 peserta dinamakan sebagai pemenang dalam pertandingan ratu cantik itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya