Silakan pilih calon, tak perlu buat kecoh-Jokowi

Silakan pilih calon, tak perlu buat kecoh-Jokowi

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) meminta para pendakwah di negara itu untuk membantu menjaga sahsiah masyarakat menjelang Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024 dan berharap golongan agamawan dapat memupuk kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat walaupun berbeza fahaman politik.

Jokowi berkata, suasana hangat semasa tahun politik adalah perkara biasa dan rakyat dinasihatkan tidak membuat sebarangan kekecohan kerana perbezaan fahaman politik.

“Mahu undi Prabowo Subianto, Anies Baswedan, atau Ganjar Pranowo silakan. Perbezaan pilihan itu lumrah, tak perlu riuh-rendah,” kata Jokowi ketika menghadiri perasmian Jambori Kebangsaan Desa Dai Parmusi di Cianjur kelmarin.

Beliau menegaskan bahawa perpaduan adalah perkara terpenting dalam pertandingan politik dan merayu semua pihak mengutamakannya.

Jokowi turut mengingatkan calon presiden supaya sedar bahawa peluang kekalahan sentiasa ada dan berharap mereka sentiasa bersedia menerima apa jua yang bakal berlaku dalam pilihan raya tersebut.

“Ada tiga calon, jadi bagaimana kamu semua boleh menang? Calon harus faham menang dan kalah itu kan adat pertandingan.

“Apa yang perlu diterapkan seawal mungkin ialah agar perpecahan tidak berlaku, agar suasana aman terus terpelihara dan pembangunan di kampung juga berterusan tanpa diganggu gugat oleh urusan politik,” tegasnya.

Pilpres 2024 akal dilaksanakan pada 14 Februari 2024 dan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) dilaporkan akan membuka pendaftaran calon presiden serta naib presiden pada 19 hingga 25 Oktober ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN