Sebanyak 18,000 hingga 20,000 dijangka maut di Derna

Sebanyak 18,000 hingga 20,000 dijangka maut di Derna

DUA lelaki berjalan di atas runtuhan bangunan yang musnah disebabkan banjir besar di bandar Derna, timur Libya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DERNA: Penduduk di bandar Derna terdesak untuk mencari ahli keluarga mereka yang hilang ketika pasukan penyelamat membawa keluar lebih banyak beg mayat.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Leftenan Tarek al-Kharraz berkata, sebanyak 3,840 kematian direkodkan di bandar ini, termasuk 3,190 mangsa sudah dikebumikan.

Daripada jumlah itu, sebanyak 400 mayat dikenal pasti sebagai warga asing dari Sudan dan Mesir.

Namun, jumlah itu berbeza dengan yang dinyatakan oleh Menteri Penerbangan Awam dan Perlembagaan, Hichem Abu Chkiout memberitahu Reuters, lebih 5,300 kematian direkodkan setakat ini dan dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Derna, Abdulmenam al-Ghaiti menjelaskan, anggaran kematian di bandar ini boleh mencecah antara 18,000 hingga 20,000 berdasarkan jumlah daerah yang musnah akibat banjir.

Ribut Mediterranean, Daniel, yang melanda timur Libya pada Ahad lalu mencetuskan banjir besar yang memusnahkan apa saja dalam laluannya, selain menyebabkan dua empangan pecah.

Selain itu, pihak berkuasa meletakkan jumlah orang yang hilang setakat ini adalah seramai 10,000.

Keadaan selepas banjir menyaksikan bandar ini dipenuhi dengan lumpur tebal, banyak sampah sarap seperti baju, perabot yang dihanyutkan air.

Pokok tumbang juga berselerakan di kawasan jalan utama, bumbun rumah tercabut dan banyak kenderaan rosak sepenuhnya.

Komuniti antarabangsa turut membantu Libya dalam menjalankan operasi mencari dan menyelamat, selain menghulurkan bantuan keperluan asas.

Antara negara yang turut serta adalah Mesir, Tunisi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turkiye dan Qatar.

Pihak berkuasa Libya juga menzahirkan kebimbangan mengenai kemunculan wabak penyakit ekoran banyak mayat masih belum ditemukan di bawah runtuhan bangunan serta di dalam air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya