Sanggup tetak suami, tak tahan terjerat hutang

Sanggup tetak suami, tak tahan terjerat hutang

SUSPEK disoal siasat pihak berkuasa ketika sidang media di Surabaya baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Seorang wanita di Surabaya didakwa sanggup menetak suaminya dengan parang gara-gara tertekan selepas terjerat dengan hutang mencecah 100 juta rupiah (RM30,500). 

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Surabaya, AKBP Mirzal Maulana berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 50 tahun yang merupakan penduduk Penjaringan Sari di Rungkut sedang tidur.

Mengetahui perkara itu, mangsa segera berlari meminta bantuan jiran, sambil memegang lukanya

“Mangsa bangun dan mendapati perutnya ditetak dengan parang. Bagaimanapun, si isteri yang hanya dikenali sebagai AP mengejar suaminya yang cuba melarikan diri.

“Disebabkan masih merasa sakit hati dan tertekan, suspek kemudian menetak suaminya di kepala, betis, sekitar perut dan mulut. Mangsa juga mengalami patah tulang,” jelas Mirzal.

Beberapa jiran yang mendengar kekecohan itu datang membantu dan membawa mangsa ke Hospital Soetomo.

“Selepas melakukan jenayah itu, suspek melarikan diri dan ditemui  penduduk dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam bilik air di rumah mereka.

“Si suami yang mengalami kecederaan parah terpaksa menjalani dua kali pembedahan  sebelum boleh disoal siasat. Hanya selepas beberapa minggu mangsa pulih, barulah isterinya dinamakan sebagai suspek atas kesalahan yang dilakukannya,” kata Mirzal.

Beliau mendedahkan, suspek sangup mencederakan suaminya kerana tertekan sering dikunjungi individu yang meminta hutang darinya. namun mendesak suaminya agar segera membayar hutang tersebut.

“AP sendiri mempunyai banyak hutang tetapi menekan suami untuk melunaskan hutang itu. Dia meminjam daripada rakan sekerja dan bank. Kerana tertekan, akhirnya sanggup mencederakan suaminya,” katanya.

Dalam pada itu, AP mengakui kesal selepas mencederakan suaminya yang sudah dinikahinya selama 20 tahun dan bersedia berdepan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda 15 juta rupiah (RM4,575) jika sabit kesalahan.-AGENSI

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN