Raja Thailand perkenan Kabinet kerajaan Srettha

Raja Thailand perkenan Kabinet kerajaan Srettha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Raja Thailand memperkenankan Kabinet baharu, hari ini sekali gus membawa negara itu selangkah lebih dekat kepada pentadbiran baharu yang berfungsi sepenuhnya selepas berbulan-bulan berdepan kebuntuan politik.

Menurut kenyataan dalam Warta Diraja, Raja Maha Vajiralongkorn perkenan Kabinet baharu diketuai oleh Perdana Menteri Srettha Thavisin dan pelantikan 34 menteri.

Pelantikan itu termasuk beberapa daripada pentadbiran yang disokong tentera sebelum ini.

Pilihan raya Mei lalu membawa kepada perbalahan politik selama berbulan-bulan, selepas calon reformis popular ditolak oleh blok parlimen konservatif sekali gus membuka jalan kepada parti Pheu Thai untuk membentuk kerajaan campuran.

“Perdana Menteri, Srettha Thavisin memilih anggota Kabinet yang layak untuk mentadbir negara, dan Raja memperkenan Kabinet baharu,” jelas kenyataan itu.

Senarai Kabinet baharu itu menyaksikan Srettha memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, Anutin Charnvirakul sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Jeneral Polis Patcharawat Wongsuwan, abang kepada bekas ketua tentera Prawit Wongsuwan yang terbabit dalam rampasan kuasa 2014, dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN