Pesawat China bawa bantuan kemanusiaan tiba di Libya

Pesawat China bawa bantuan kemanusiaan tiba di Libya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRIPOLI: Sebuah pesawat kargo milik China yang membawa kira-kira 90 tan bekalan bantuan kemanusiaan untuk Libya, dilaporkan tiba di bandar Benghazi di timur negara itu.

Muatan yang membawa peti pertolongan cemas, penulen air, khemah, selimut, sistem diagnostik ultrabunyi, jaket keselamatan dan beberapa bantuan lain diturunkan dari pesawat yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Benina.

Lapor Xinhua, bekalan bantuan itu diserahkan di hadapan Setiausaha Agung Bulan Sabit Merah Libya, Omar Abu-Dabous serta beberapa diplomat kanan Libya dan China.

Sambil menyaksikan pengagihan bekalan itu, Charge d’Affaires China ke Libya, Liu Jian berkata, pihaknya berharap agar bantuan kemanusiaan disumbangkan oleh negaranya sedikit sebanyak dapat membantu penduduk Libya menangani kesan bencana itu.

Malah, katanya, beliau juga berharap bantuan berkenaan akan memulihkan kawasan terjejas kepada normal.

Jelasnya, China bersedia untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Libya bagi menawarkan lebih banyak sokongan kepada negara itu menerusi operasi menyelamat dan misi bantuan serta kerja pembinaan semula.

Sementara itu, Charge d’Affaires Libya ke China, Khaled Al-Sayah berkata, bantuan ditawarkan oleh China menunjukkan persahabatan mendalam antara kedua-dua negara.

Terdahulu, Persatuan Palang Merah China menyampaikan wang tunai sejumlah AS$200,000 (RM936,904) kepada Bulan Sabit Merah Libya sebagai bantuan kecemasan bagi usaha tindak balas bencana negara berikutan banjir.

Pada 10 September lalu, Taufan Daniel mencetuskan banjir besar yang dahsyat di Libya sehingga mengakibatkan ribuan kematian dan kerosakan infrastruktur meluas di rantau itu khususnya fasiliti bekalan air dan kumbahan.

Menurut pihak berkuasa Libya, pencemaran air mengakibatkan puluhan orang mengalami keracunan di kawasan dilanda banjir yang mana akses kepada bekalan air bersih adalah terhad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya