Penduduk mengadu stesen HSR Jakarta-Bandung amat jauh

Penduduk mengadu stesen HSR Jakarta-Bandung amat jauh

GAMBAR kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung di Stesen Tegalluar di Bandung. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) menghubungkan Jakarta dengan Bandung yang dijangka beroperasi beberapa hari lagi, menerima kritikan orang ramai ekoran lokasi stesen itu terletak amat jauh dari pusat bandar. 

Lapor Kompas.com, projek HSR Indonesia itu dijangka dirasmikan oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi) pada 1 Oktober depan.

Sebelum ini, syarikat PT Kereta Api Cepat Indonesia China (KCIC) memaklumkan penumpang hanya perlu menempuh perjalanan selama 30 minit dari Stesen Halim, Jakarta Timur ke Padalarang di wilayah Bandung Barat.

Justeru, bagi penumpang yang menuju ke Kota Bandung, mereka terpaksa  berjalan kaki dari Stesen HSR Padalarang untuk ke Stesen Padalarang bagi menukar kepada tren tempatan.  

Di samping itu, penumpang HSR juga boleh turun di Stesen Tegalluar kemudian menaiki bas ulang-alik Damri ke stesen tren biasa yang terdekat iaitu Gedebage dan Cimekar untuk meneruskan perjalanan ke Kota Bandung.    

“Isu terpaksa menukar mod pengangkutan ke Kota Bandung apabila menggunakan HSR sering dikritik oleh penduduk.

“Malah, Kota Bandung merupakan potensi terbesar untuk penumpang HSR,” jelas laporan itu.    

Selain itu, menurut laporan, Stesen HSR Halim juga dilaporkan terletak di pinggir Jakarta dan berhampiran dengan sempadan Bekasi.   

Dalam pada itu, pakar pengangkutan awam, Djoko Setijowarno berpandangan ia sebenarnya menjadi kurang efisien sekiranya stesen HSR ditempatkan di kawasan pinggir bandar.

Katanya, ia seperti lokasi lapangan terbang di beberapa bandar.

Jelas Djoko, dengan kelebihan stesen terletak di pusat bandar, HSR menjadi pesaing utama kepada kapal terbang yang diperuntukkan untuk laluan jarak jauh.

“Stesen terakhir HSR itu terletak di pinggir bandar dan bukannya di Kota Bandung.

“Memang lucu, HSR mengambil masa kira-kira 30 minit dari Jakarta ke Bandung namun hanya sampai ke Tegalluar sahaja,” katanya.     

Laluan HSR tidak sampai ke Bandung disebabkan kos pengambilan tanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya