Palang Merah rayu dana RM532 juta bantu rakyat Maghribi - Utusan Malaysia

Palang Merah rayu dana RM532 juta bantu rakyat Maghribi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RABAT: Persatuan Palang Merah merayu sumbangan dana berjumlah AS$112 juta (RM523 juta) untuk membantu rakyat Maghribi yang amat memerlukan selepas gempa bumi kuat yang melanda negara itu sudah mengorbankan hampir 3,000 orang.

Perkara itu disuarakan Pengarah Operasi Global Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, Caroline Holt.

“Kami mencari AS$112 juta (RM523 juta) untuk memenuhi keperluan yang paling mendesak pada masa ini, termasuk kesihatan, air, sanitasi dan kebersihan, barangan bantuan, tempat tinggal dan keperluan asas,” katanya kepada pemberita di Geneva.

Pasukan penyelamat dari Sepanyol, Britain dan Qatar menyertai usaha Maghribi untuk mencari mangsa yang terselamat daripada gempa bumi kuat 6.8 magnitud yang melanda Pergunungan Tinggi Atlas Jumaat lalu.

Kebanyakan zon gempa berada di kawasan yang sukar dimasuki dan pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang anggaran untuk jumlah mangsa yang masih hilang.

Tentera berkata, mereka sedang bertungkus-lumus bersama pasukan penyelamat menggali kawasan terjejas, selain membantu mengagihkan air minuman, makanan, khemah serta selimut kepada mangsa yang terselamat

Sukarelawan dan orang awam Maghribi dibantu oleh beberapa warga asing turut dilihat membersihkan jalan daripada serpihan batu.

Algeria dilaporkan turut memperuntukkan tiga pesawat untuk mengangkut anggota penyelamat dan bantuan.-AFP/REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya