Kesatuan Afrika jadi ahli tetap G20

Kesatuan Afrika jadi ahli tetap G20

NARENDRA Modi memeluk Azali Assoumani di Sidang Kemuncak G20 di New Delhi.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Kesatuan Afrika (AU) secara rasmi diberikan status ahli tetap dalam Kumpulan 20 (G20) pada Sidang Kemuncak Pemimpin G20 yang diadakan di New Delhi semalam.

Perdana Menteri India, Narendra Modi secara simbolik menjemput Pengerusi blok itu yang juga Presiden Comoros, Azali Assoumani dan perwakilannya untuk mengambil tempat di meja persidangan ketika merasmikan sidang kemuncak tersebut.

“Berbesar hati untuk mengalu-alukan AU sebagai ahli tetap keluarga G20.

“Penyertaan ini akan mengukuhkan G20 dan juga mengukuhkan suara warga global di Selatan.

“Saya percaya kemasukan AU akan mendapat sokongan semua,” kata Modi melalui kenyataan rasmi di platform media sosial X.

Blok Afrika yang terdiri daripada 55 negara anggota itu berada di sidang kemuncak berkenaan atas jemputan India dan menjadi kesatuan kedua menyertai kumpulan kuasa ekonomi teratas dunia itu selepas Kesatuan Eropah (EU).

Modi menggerakkan usaha membawa blok berkenaan sebagai ahli tetap G20 pada Jun lalu dan langkah itu turut disokong Russia, AS, Australia dan Jepun selepas Presiden Senegal, Macky Sall mencadangkannya pada tahun 2022 semasa menjadi pengerusi AU.

Isu lain yang diputuskan pada sidang kemuncak tersebut termasuk meningkatkan pinjaman kepada negara membangun oleh institusi pelbagai hala, pembaharuan hutang antarabangsa, peraturan mengenai mata wang kripto serta kesan geopolitik terhadap keselamatan makanan dan tenaga.

Draf 38 muka surat yang diedarkan kepada ahli bagaimanapun membiarkan perenggan mengenai situasi geopolitik kosong.

Keadaan itu mencerminkan perpecahan mendalam mengenai perang di Ukraine tetapi 75 perenggan lain menunjukkan persetujuan luas mengenai isu seperti mata wang kripto dan pembaharuan dalam pembangunan bank multilateral.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya