Kerjasama China, ASEAN tetap kukuh jika bersefahaman - Li Qiang - Utusan Malaysia

Kerjasama China, ASEAN tetap kukuh jika bersefahaman – Li Qiang

LI QIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Perdana Menteri China, Li Qiang semalam berkata, sekiranya China dan negara-negara ASEAN dapat terus berada di landasan yang benar, kerjasama yang terjalin akan tetap kukuh dan maju meskipun menghadapi pelbagai rintangan, lapor Xinhua.

Dalam ucapan pembukaannya semasa Sidang Kemuncak China-ASEAN yang ke-26, di Jakarta, Li berkata kerjasama antara China-ASEAN telah menempuh pelbagai liku, berkat pemahaman yang mendalam mengenai cabaran.

China dan negara-negara ASEAN komited untuk mengejar perdamaian dengan tekad yang kuat untuk pembangunan, dan kedua-dua pihak mengambil tindakan nyata untuk menjaga kestabilan kawasan, katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN